Tuesday, July 16, 2013
as an ass
"Kalo buat salah, mintak lah maaf.”
ha.. tu yg aku dulu belajar n itu ja yg aku tau.
N iya, aku selalu jadi yg mintak maaf tu.
Selalu akulah yg buat salah tu, selalu aku la scumbag sengal tu.
N mcm selalu jugak aku yang mintak maaf, try to change mana yg patut, improve sana sini, pujuk banyak sket.
N bila buat salah lagi, mintak maaf lagi, ubah apa yg boleh.
sampai aku rasa aku memang hebat meminta maaf,
atau aku mmg hebat as an ass, asik buat salah. hais
N sekarang, baru perasan yg ada lagi satu pihak rupanya., pihak yg nk memaafkan tu.
N sekarang aku baru sedar yg aku ada pada pihak tu, pihak yg x buat salah, pihak yg lurus katanya.
Dan ini adalah pertama kali untuk aku ada kt belah situ, belah yg memaafkan.
aku x reti nk react mcm mana,aku panic.
aku x tau nk buat apa bila org mintak maaf,
n mintak kepercayaan dari aku. LOL.
N part paling susah tang nk memaafkan tu,
tp lagi susah tuk lupakan.
so, mcm mana awak buat dulu?
urm...mcm mana awk buat dulu?.
ajar kt saya ya~
Thursday, April 11, 2013
rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri
rama-rama tu duduk dahan paling tinggi, nun puncak pokok sana, lama sangat aku cari, 20 tahun? naaah, beratus tahun sudah. kusangka pupus. aku rangkak, aku panjat, aku susuk, aku cari. x dapat, aku panjat lagi, aku kejar puncak sini, dia lari puncak sana.
bukan x mahu rama-rama lain, cuma yg lain dh selalu, dh bosan, bersepah, dh ada semuanya keras dalam almari kaca di galeri. tinggal yg ini saja, cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri. kanan pun sama.
harini aku jumpa, aku panjat, aku rangkak, aku kejar puncak sini dia terbang puncak sana, hais, penat. aku panjat pulak puncak sana, ooh, lri lagi, untunglah boleh terbang.
aku bodoh harini, aku lompat aku terkam kepuncak sana, aku jatuh, aku bergayut. mujur, tingi sangat kalau jatuh ni, aku x mampu jatuh mcm ni. aku duduk diam, senyap, sunyi, aku penat, jaring perangkap tetap setia ditangan kanan.
eh, itu rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni ada mata besar kt sayap kiri tadi. hurm, aku biar aku lihat dia terbang kearah aku, berlegar-legar, lagi sekali, cantik, angun, ayu. dia hinggap ditangan kanan, aku lihat, pandang, aku jatuh hati, cantik, angun, ayu. beratus tahun aku tungu,
akal kata serkap rama-rama itu sekarang, hati kata jangan, tangan kiri sibuk nak menyerkap, tp tangan kanan x bagi. aku tewas, aku biarkan rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri yg dh lama sangat aku cari, 20 tahun? naaah, beratus tahun sudah.
aku biar dia terbang lagi,lagi tinggi kali ini, aku lepaskan, aku biar dia pergi. aku sayang dia mukin, dia lebih bahagia tampa aku, lebih bahagia terbang tinggi, lebih bahagia dari keras dalam keranda kaca di galeri.
~barangkali munkin ini orang kata cinta, kalau dia aku punya, dia kembali~
Subscribe to:
Posts (Atom)