Sunday, December 13, 2015

so, what the story? its been a loooong assss time. sangat lama aku x kesini. banyak yg jadi. banyak yg pergi. gelak sengsorang bila aku baca semula apa aku tulis. dulu-dulu... i guess ... yup time. semua benda berubah. aku? berubah. i think so... satu benda yg x berubah... page ni. sunyi mcm dulu. i hope so... sebab ni ja kot tempat aku boleh merepek panjang. apa aku nk cerita. apa aku nk merepek. tempat aku boleh toleh belakang,dan tanya... sapa aku. harini tetiba mcm, aku rasa aku shallow, empty, kosong. well, bukan susah utk aku rasa mcm tu...bagi aku 30min x buat apa2 jadilah. hahaha tp, aku terbaca sal perjuangan. semua orang ada sumthing utk diperjuangkan. apa perjuangan aku... apa aku nak? apa aku cari? untuk apa? apa yg aku hilang...apa yg aku dapat after this years. kenapa aku...aku yg sekarang. kenapa aku kt sini?. sory, aku x dapat apa aku nak. aku x dapat apa aku plan. mcm mana bersepah tulisan ni. mcm tu lah bersepah kepala aku. ok. permudahkan perjuangan ini yaAllah.

Tuesday, July 16, 2013

as an ass

"Kalo buat salah, mintak lah maaf.” ha.. tu yg aku dulu belajar n itu ja yg aku tau. N iya, aku selalu jadi yg mintak maaf tu. Selalu akulah yg buat salah tu, selalu aku la scumbag sengal tu. N mcm selalu jugak aku yang mintak maaf, try to change mana yg patut, improve sana sini, pujuk banyak sket. N bila buat salah lagi, mintak maaf lagi, ubah apa yg boleh. sampai aku rasa aku memang hebat meminta maaf, atau aku mmg hebat as an ass, asik buat salah. hais N sekarang, baru perasan yg ada lagi satu pihak rupanya., pihak yg nk memaafkan tu. N sekarang aku baru sedar yg aku ada pada pihak tu, pihak yg x buat salah, pihak yg lurus katanya. Dan ini adalah pertama kali untuk aku ada kt belah situ, belah yg memaafkan. aku x reti nk react mcm mana,aku panic. aku x tau nk buat apa bila org mintak maaf, n mintak kepercayaan dari aku. LOL. N part paling susah tang nk memaafkan tu, tp lagi susah tuk lupakan. so, mcm mana awak buat dulu? urm...mcm mana awk buat dulu?. ajar kt saya ya~

Thursday, April 11, 2013

rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri

rama-rama tu duduk dahan paling tinggi, nun puncak pokok sana, lama sangat aku cari, 20 tahun? naaah, beratus tahun sudah. kusangka pupus. aku rangkak, aku panjat, aku susuk, aku cari. x dapat, aku panjat lagi, aku kejar puncak sini, dia lari puncak sana. bukan x mahu rama-rama lain, cuma yg lain dh selalu, dh bosan, bersepah, dh ada semuanya keras dalam almari kaca di galeri. tinggal yg ini saja, cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri. kanan pun sama. harini aku jumpa, aku panjat, aku rangkak, aku kejar puncak sini dia terbang puncak sana, hais, penat. aku panjat pulak puncak sana, ooh, lri lagi, untunglah boleh terbang. aku bodoh harini, aku lompat aku terkam kepuncak sana, aku jatuh, aku bergayut. mujur, tingi sangat kalau jatuh ni, aku x mampu jatuh mcm ni. aku duduk diam, senyap, sunyi, aku penat, jaring perangkap tetap setia ditangan kanan. eh, itu rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni ada mata besar kt sayap kiri tadi. hurm, aku biar aku lihat dia terbang kearah aku, berlegar-legar, lagi sekali, cantik, angun, ayu. dia hinggap ditangan kanan, aku lihat, pandang, aku jatuh hati, cantik, angun, ayu. beratus tahun aku tungu, akal kata serkap rama-rama itu sekarang, hati kata jangan, tangan kiri sibuk nak menyerkap, tp tangan kanan x bagi. aku tewas, aku biarkan rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri yg dh lama sangat aku cari, 20 tahun? naaah, beratus tahun sudah. aku biar dia terbang lagi,lagi tinggi kali ini, aku lepaskan, aku biar dia pergi. aku sayang dia mukin, dia lebih bahagia tampa aku, lebih bahagia terbang tinggi, lebih bahagia dari keras dalam keranda kaca di galeri. ~barangkali munkin ini orang kata cinta, kalau dia aku punya, dia kembali~

Friday, November 30, 2012

buang karat

telah sekian lama x update blog nih...dh berkurun..munkin. ok, apa dah jadi eh sejak x update nih..... *kereta xcdent. *urm.....orkid kurus. *mak renovate umah. *aku berat bertambah *dah ada basikal *tukar engine kereta *beli hp baru (rm180) *duduk bilik lain *dapat rumet baru (leman) *terlibat dengan hiking n kayak sket2 *stress dengan badan x fit *asik x cukup dwet *kawan2 sempoi2...macam2 ada. hurm..ok. malas.

Monday, December 26, 2011

Seripah


Seripah tu, kalau kita cakap, bukannya nk dengar. Melawan ja kerjanya. Keras kepala.

“sapa yang menbazir beli tikar kecik ni?” Tanya Mak Tikah kepada 7 anaknya.
Suaminya Pak Mamat telah meniggal dunia 3 tahun yang lepas.
“Seripah yang beli mak” jawab Meriam ,anak ketiga Mak Tikah.
“kau nk buat apa tikar ni Seripah?” Mak Tikah bertanya lagi.
“alah mak ni, adalh tu nanti gunaya. Nk buat alas liang lahad pun boleh” jawab Seripah , adik Meriam bersahaja.

Cantik Seripah tu, tapi perangai kasar. Kalah orang jantan. Dh besar, dh anak dara pun, perangai x ubah2.

“Weh Seripah. Nk pg mana pulak tu! Hais.”sergah Mak Tikah di muka pintu.
“Nk ikut Anjang mancing Sembilang Mak.” sahut Seripah, sambil mencapai tin berisi cacing yang dicarinya awal pagi.
“kau sibuk nak menyibuk tu kenapa? Bialah yg jantan2 tu pergi, kau tu anak dara, dh boleh jadi isteri orang. Duduk rumah ja” sungut Mak Tikah.
Topi lusuh dipakai, Saripah mengendahkan larang Mak Tikah dan terus melangkah menuju kepangkalan di muka kuala Sungai.

Seripah tu, kalau kau bagi air kt dia. Suka sangat. Ko bagi ajalah ..sungai ka, laut ka. Kau ckp nk suruh dia berenang gaya apa. Kupu2, pari2, semua dia reti.

“nangka2 weh, nangka2 weh. Nangka madu ni” sahut Pok Ali yg menjual nangka di pangkalan. Seripah tertarik.
“kira mcm mana ni Pok Li?” Tanya Seripah.
“ha, wok. Ambik hok ni sebiji. Bg adik2 makan. Bg Pok 50sen sudoh” jelas Pok Ali.

Seripah memang suka sangat ngn buah nangka ni. Berapa harga pun, biasa dia akan beli jugak, bawak balik share ngn adik2. Tp biasanya orang kampung bg free ja. Sedekah kt anak yatim. Orang kampung ni mmg perihatin sangat kt keluarga arwah Pak Mamat. Arwah orang baik sewaktu hidupnya.

Seripah meninggalkan tin cacing dan abangnya Anjang dipangkalan. Dia pulang kerumah membawa nangka. Selesai bagi adik2 meratah nangka. Seripah keluar..
“mak, saya pergi dulu ya ,bye” jerit Seripah sambil melambai2 ke arah rumah.
“sengal apa Seripah ni, x pernah pun sblm ni nak mintak izin bagai keluar rumah” monolog Meriam.

Orang masih ramai dipangkalan, ada yg jual ikan. Ada beli ikan. Ada yg masih lagi membeli nangka Pok Ali. Pekerja2 kilang baja sedang kagum, mengerumun bangkai ikan jerung sepanjang 20 kaki yg bakal direbus untuk dijadikan baja.

“kau pg mana seripah yg lama sangat ni”rungut Anjang dan rakan yg menunggu didalam perahu sedari tadi.
“ah mu ni, ni aku dah ada kt sini. X yah bebel. Jum kita”balas Seripah.
Mereka berkayuh.

Musim ni. Musim bukak kuala, bak kata orang pantai. Bulan 10 atau bulan 11 mula dan berlarutan sehingga bulan 3, musim tutup kuala. Angin kuat. Ombak kuat. Air pasang besar. Lagi teruk bila hujan. Air sungai turun bertembung dengan ombak air laut pasang. Air berpusing,

Orang di pangkalan riuh. Ombak datang!. Kayuhan ke 21. Air bergelombang. Ombak menjulang perahu. Dan….. hempas. Semuanya terhumban. Semua berenang ketebing.

“semua selamat?”bising orang ramai yang menyaksikan perahu dinaiki Seripah dijulang tegak seperti huruf alif dan dihempas.
“Seripah mana?”jerit Anjang. Seripah hilang.

Org ramai mencari.Gotong royong. Orang kampung penuh disisir tebing umpama ada pesta. Tiada siapa sangka, Seripah, budak perempuan nakal yg biasa berenang merentas sungai….hilang. tiada harapan untuk hidup. Itu yang mampu diperkatakan orang kampung.

Mak Tikah umpama gila. Berkali dihalang, berkali dipujuk. Tetapi tetap berkeras, ingin terjun ke sungai mencari Saripah. Mengamuk umpama dirasuk. Mak Tikah diikat Pok Cik, adik bongsu Mak Tikah ditengah rumah. Pintu dan tingkap rumah, semuanya dirasuk kayu dan dimatikan dengan paku. Kemas, munkin ingin mengelakkn Mak Tikah berlari keluar. Mak tikah sudah Gila.

Hari kian gelap. Senja menjelang. Suasana riuh. Sahut bersahut. orang meraikan sesuatu?. Tiada siapa meraikan apa2. Jasad arwah Seripah pun masih tidak jumpa. Tiada apa untuk diraikan.

“ha… dapat doh?”…”ho…dapat doh”…”hu…hahhaha” riuh . Umpama kenduri.

Siapa yg gila buat bising diwaktu begini, namun tiada siapa diantara orang kampung yg bersahut. Semua tertumpu tekun menyuluh mengunakan pelita karbait mencari.
Tiada siapa mengendahkan suara itu yg datang dari hutan paya bakau sepanjang sungai.

“Allahhuakbar, Allahhuakbar” Pok Cik melaungkan azan.

“celako mu”…”base bengong”…”menatang nih”

Suara riuh rendah hilang sekatika.

“reti pun setan lahanat ni diam” Pok Cik berpuas hati.

Seketikan kemudian, riuh rendah kembali, berulang kali Pok Cik melaungkan azan.

Semalamn, riuh rendah. Tetapi banyak suara yg tidak dapat diterjemah. Munkin dikaburi deruan angin laut atau sememangnya bahasa komunikasi setan lahanat meraikan korban berdarah.

Pok Heng dan beberapa orang kampung, Berkampung di rumah Mak Tikah. Mereka menenangkan Mak Tikah dan anak2. Sepanjang malam mereka membaca surah suci Yaasin. Memohon dipermudahkan urusan.

Air laut di muka kuala yang tadinya pasang, kian surut.
Suara setan jahanam yg tadinya riuh rendah, bertukar menjadi tngisan mendayu2. Sangat mendayu.
Subuh menjengah, dan jasad arwah Saripah ditemukan di tebing pasir, tidak jauh dari pangkalan. Suasana semakin sayu. Telinga dan bibir arwah, tidak lagi sempurna. Dijamah ikan di dasar sungai barangkali.

Jasad arwah Saripah selamat dikebumikan didalam liang lahad beralas tikar kecil yang dibelinya sendiri. . Moga arwah bersemadi dengan aman dan dilimpahi rahmat.

Dulu, setiap tahun’ orang kampung melakukan upacara bersemah disungai ini. Mereka menjamu setan2 dimuka kuala ini dengan darah kambing, kerbau. Selalunya darah ayam. Upacara persembahan ini dipercayai bagi mengelakkan kejadian2 tidak diingini seperti lemas disungai.

Kini , tidak lagi. Kepercayaan agama semakin kuat. Sembahyang hajat dan bacaan ayat2 Allah lebih menjadi pilihan. Dan sesungguhnya itu adalah lebih baik. Inilah yg menjadikan puaka2 sungai itu naik berang. Susungguhnya Allah maha berkuasa.

Pernah satu ketika,
suara mendayu2 meminta2.
“berilah..”…”tolonglah..” …” bagilah aku darah”.
7 malam berturut2, seluruh kampung dihantui suara mendayu2 meminta.
Dukun Isa kata, itu suara setan minta dipersembahkan darah.
Tidak diendahkan, orang kampung melakukan solat hajat beramai2.

Pernah satu ketika,
Suara mendayu2 meminta2,
Setan itu mintak dipersembahkan.
“berilah..”…”tolonglah..” …” bagilah aku darah”.
9 malam berturut2, seluruh kampung dihantui suara mendayu2 meminta.
Hari ke 10, Arwah pak hamid meniggal dunia. Arwah telah dilangar dan digilis lori baja diatas jambatan sungai puaka itu. Jasad arwah hancur sehingga terpaksa daging dan isinya dikutip satu persatu oleh orang kampung. darah arwah mengalir kebawah jambatan.
Malam itu, suara riuh rendah seiras suara meraikan pemergian arwah Seripah.
Setan jahanam itu…gembira. Berpesta agaknya……….

Begitulah setiap tahun, pasti ada yang terkorban. Jika tidak hilang di sungai, berlaku kemalangan teruk di atas jambatan. Munkin juga kebetulan, yg berulang kali.

Sehingga kini,
Suara mendayu2 meminta2,
Setan itu mintak dipersembahkan.
“berilah..”…”tolonglah..” …” bagilah aku darah”.
Masih lagi ada disetiap musim tengkujuh,
Cuma tidak diendahkan.
Munkin orang2 tua dahulu sering memberi sembah.

Sesungguhnya Allah lebih tahu.

Monday, June 6, 2011

why do i ......


ooooo hoi....
haaaa....entry ni just for my only bebe.
kalo korang terbaca, sory lah.

kenapa kau sayang aku?
kenapa aku sayang ko?

dh dekat empat tahun.

still ak x jumpa sumthing yg exact tuk jadi alasan kenapa ak sayang kt ko.
nk kata kau chantik, aku dh jumpa yg lagi chantik....
nk kata kau manja, ak dh jumpa yg lagi mengada....
nk kata kau hot, ak dh jumpa yg lagi sexy....
nk kata kau kaya. hurm...kita selalu ja...kau makan pama, ak makan magi...

so kenapa?

kalo ak tnya kau pulak...urm..msti kau pun susah nk jawab.
sbb bila ak sendiri tgk balik dalam diri ak.
ak x ada apa2,

kau chantik, aku hitam comot.
aku bukan ahli music..
aku bukan joker..
kawan pun aku susah nk carik...tp kenapa kau syg aku?

tp sebenor2nya lah kan kena jawab ka soalan tu ?. hahahha. x perlu kot.

sbb bila aku syg ko coz kau chantk......dh tua t cmna?
suma benda yg jadi alasan tuk aku syg kau.... munkin akan pudar...
n aku x nak sayang aku pada kau pudar cmtu jgk...

so....sory for not hav t reason, why do i luv u.
i just do....luv u.

Wednesday, April 13, 2011

dulu..... pun kene marah

Abang ak penah cite…time die sekolah rendah….hahahah die pun malas nk g sekolah cm ak jgk…ad ja alasan……

So…satu hari ni die dapat idea yg baik punye……
Time die dulu..pg skool jalan kaki ja…ngn akak ak.

Bila dh siap2 nk g skoll, die pun jalan kaki g skool….sampi tgh jalan…die pun melaksanakan projek rahsia tuk x nak g skool. Die ngn yakin mengoyakkan seluar sekolahnya dicelah kankang…(konon kalo seluar koyak…bole x pg skolah)

Bila dh koyak, die pun patah balik umah…sampi ja kt umah…dad ak tnye
Kenapa balik?>
Seluar ni ha koyak…(muka x bersalah)

Zzzaaaap….haaaa ( sekali trick x jadi. Rotan yg dapat)

Trus dad ak suruh die pg sekolah balik. Dh lewat pun suruh jgk…
Yg lagi x tahan. Dad ak iring bro ak pg sekolah…tp die suh bro ak jalan kaki n die iring naik motor. Hahahah kene denda…
(dah lah trick x jadi, kena pg sekolah lewat, seluar lagi koyak, kene rotan lagi…hahah seronok)



ha..........ni lar bro ak tuh..tu isteri n anak die. ak x bole imagine cmne perangai anak die tu nanti. hahahha ,