Thursday, April 11, 2013
rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri
rama-rama tu duduk dahan paling tinggi, nun puncak pokok sana, lama sangat aku cari, 20 tahun? naaah, beratus tahun sudah. kusangka pupus. aku rangkak, aku panjat, aku susuk, aku cari. x dapat, aku panjat lagi, aku kejar puncak sini, dia lari puncak sana.
bukan x mahu rama-rama lain, cuma yg lain dh selalu, dh bosan, bersepah, dh ada semuanya keras dalam almari kaca di galeri. tinggal yg ini saja, cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri. kanan pun sama.
harini aku jumpa, aku panjat, aku rangkak, aku kejar puncak sini dia terbang puncak sana, hais, penat. aku panjat pulak puncak sana, ooh, lri lagi, untunglah boleh terbang.
aku bodoh harini, aku lompat aku terkam kepuncak sana, aku jatuh, aku bergayut. mujur, tingi sangat kalau jatuh ni, aku x mampu jatuh mcm ni. aku duduk diam, senyap, sunyi, aku penat, jaring perangkap tetap setia ditangan kanan.
eh, itu rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni ada mata besar kt sayap kiri tadi. hurm, aku biar aku lihat dia terbang kearah aku, berlegar-legar, lagi sekali, cantik, angun, ayu. dia hinggap ditangan kanan, aku lihat, pandang, aku jatuh hati, cantik, angun, ayu. beratus tahun aku tungu,
akal kata serkap rama-rama itu sekarang, hati kata jangan, tangan kiri sibuk nak menyerkap, tp tangan kanan x bagi. aku tewas, aku biarkan rama-rama cantik, merah, jingga, kuning, warna warni, ada mata besar kt sayap kiri yg dh lama sangat aku cari, 20 tahun? naaah, beratus tahun sudah.
aku biar dia terbang lagi,lagi tinggi kali ini, aku lepaskan, aku biar dia pergi. aku sayang dia mukin, dia lebih bahagia tampa aku, lebih bahagia terbang tinggi, lebih bahagia dari keras dalam keranda kaca di galeri.
~barangkali munkin ini orang kata cinta, kalau dia aku punya, dia kembali~
Subscribe to:
Posts (Atom)