Tuesday, February 23, 2010
Helang merah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Helang merah
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Haliastur
Spesies: H indus
Burung Helang Merah adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliastur indus.
Burung Lang Merah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Merah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Merah tidak bergigi.
Ia merupakan burung pemangsa yang mudah dilihat di Malaysia, dan mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya, burung muda bewarna lebih pucat yang mudah terkeliru dengan spesies yang hampir serupa dengannya.
Burung lang Merah banyak di dapati di kawasan persisiran pantai dan berpaya, biasanya dalam jumlah yang kecil, secara bersendirian atau berpasangan, meluncur tinggi di kawasan daratan, termasuk bandar dan pekan. Ketika mereka terbang tinggi, ia mungkin tidak disedari oleh pandangan mata manusia terutama apabila ketika waktu panas terik ketikamana mereka mampu menggunakan kelebihan termal udara panas untuk membantu mereka meluncur. Ia memngasilkan bunyi jeritan kweeaa atau kyeeer yang nyaring terutama ketika sedang meluncur.
Makanan
burung heLang m"rupakan pemangsa atau maging (karnivor).Makanan UtAmanYa haiwan mamalia seperti tikus,tupai dan ayam.sesetengah haiwan ini memangkap ikan di sungai,dan laut.....
Pembiakan
Burung Lang Merah membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Merah bercangkerang keras.
Habitat
Burung Lang Merah boleh di dapati di kawasan persisiran, sungai dan tasik besar, kebanyakannya kawasan terpencil, jarang di bandar besar.
Di Malaysia, ia banyak terdapat di pantai barat. Boleh di dapati di China Selatan dan sehingga utara Australia dan Solomon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment